Friday, 11 December 2009
Hakikat Fana
Datang dan pergi suatu yang lumrah ... dalam beberapa minggu ini berita pemergian ayahanda dan bonda sahabat di Dundee kerap diterima. Ia adalah satu ujian untk hamba-Nya agar menyedari bahawa dunia ini hanyalah persinggahan. Yang pergi meninggalkan kita dengan mesej bahawa kita juga akan pergi suatu hari kelak. Di celah-celah berita pemergian itu, ada yang baru hadir ke dunia ini, baru mengenal erti dunia yang fana .. lahirnya anak-anak yang menjadi satu tanggungjawab utk kita mencorakkannya .. inilah hidup di hakikat fana. Lantaran, apa gunanya ber"gosip-gosip" ... mengata orang itu dan itu .. komen yang tak membina .. buruk sangka ... bertikam lidah .. bermasam muka ... dengki ... menghasut orang lain ... menyindir .. mengambil bukan hak kita ... dan segala bentuk perkara mazmumah teramat wajar sekali dijauhi.. yang utama pada kita ialah mencari redha Ilahi dalam suasana masyarakat yang mengalu-alukan kehadiran kita .. jangan sampai masyarakat bergembira di atas kepulangan kita .. tetapi biarlah masyarakat berasa satu kehilangan yang besar apabila Allah menjemput kita kelak .. moga ia tazkirah utk kita!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment