Tuesday 15 December 2009

Aidil Adha di Dundee

Jejaka-jejaka tampan Melayu Dundee!
Mereka adalah permata hati ibu dan bapa yang merantau jauh mencari ilmu-Mu.
Sekumpulan kanak-kanak lelaki turut mengadakan persembahan. Tergagap-gagap bernasyid .. ye lah .. bahasa Melayu bukan mudah untuk diorang nyanyikan ... tapi aku yakin kalau suruh buat persembahan dalam BI, mesti lancar! Berbeza dengan ibu dan bapa mereka yang aku pasti berlaku adalah sebaliknya .. (Aku: fasih berdikir barat!)
Atiqah dan kawan-kawan sedang mengadakan persembahan yang dipimpin oleh Ustazah Fa. Ini adalah usaha untuk meletakkan perayaan Aidil Adha mengatasi sambutan Krismas yang mana perayaan Kristian ini disambut dengan meriah di Scotland.
Muhammad Azim sedang berkomunikasi dengan Emran. Mungkin ibu masing-masing sedang berpolitik sebab selepas program makan-makan ini, akan diadakan pilihanraya memilih exco Komuniti Melayu Dundee sesi 2009/2010.
Ini adalah hidangan sempena Aidil Adha di Dundee. Master Chef utk masakan ini ialah Abg Zul. Dia buat nasi kerabu dengan bantuan ibu-ibu di Dundee. Ana masak kuah kacang, manakala nasi impit disediakan oleh Fa. Memang enak makanan Melayu yang disediakan oleh ibu-ibu dan bapa-bapa di sini. Mungkin bila dah balik Malaysia, masakan bibik yang banyak di meja lantaran ibu-ibu dan bapak-bapak sibuk di dewan kuliah!

No comments:

Post a Comment