Tuesday 27 October 2009

Akhirnya Mask Rider muncul di Kelate!

Terbang dari Putrajaya dan landing di Gong Garu ... beberapa gergasi (iaitu anak kucing) telah dimandikan Mask Rider ...
[Kak Ros -- Asraf tu..]

Kejayaan mereka

Aku belum berjaya. mereka yang berjaya sebenarnya. Mendidik aku sehingga menjadi seorang insan yang mengetahui buruk dan baik. Mereka jugalah mendidik aku untuk menjejakkan kaki ke menara gading. mereka telah berjaya. Aku belum lagi berjaya.
[Gambar: Di rumah mak sedara; dari kiri Mok Su Ti, aku, Mok Yah, Ika, Ana dan dibelakang ayah Lah -- seiras TGNik Aziz tu).
Di sini aku dibesarkan. Menjadi anak yatim pada usia remaja dan kemudiannya menjadi yatim piatu ketika di menara gading menjadikan rumah ini sepi tanpa orang tua. Kini rumah ini didiami abang Lan dan Kak Za sekeluarga.

Di pusara bonda. Mengenang kembali yang telah pergi dan disemadikan di sini: Arwah Tok Ayah, Mok Haji, Ayoh, Mama, Pak Muda dan Abang Din. Al Fatihah ...

Merakam memori di rumah moksedara. Mereka juga telah berjaya. Aku belum lagi berjaya.
[Gambar: Ana, Mok Yam, Kak Ros, Ika, aku dan Ayah Weil].

Friday 16 October 2009

Terima kasih bos!

[Gambar dari kiri: Dr. Che Pee Saad, Assoc. Prof. Dr. Dzulkifli Hamid, Assoc. Prof. Dr. Cheun Boon Song, dan aku) Merakam kenangan ketika mengunjungi majikan lama, Kuala Lumpur Infrastructure University College (KLIUC). Di sini, aku didedahkan dengan banyak ilmu dan pengetahuan tentang pengurusan, pentadbiran, kewangan dan aktiviti akademik. Dr. Cheun dan Dr. Che Pee adalah antara ketua yang banyak menasihati aku dalam melakar kerjaya. Dr. Che Pee - aku anggap dia seperti ayahanda kerana setiap kali bertemu banyak nasihat dan bimbingan yang tak berbelah bahagi dihulurkan. Beliau juga menggalakkan aku belajar ke luar negara. Aku hakikatnya tidak berani sebab aku sedar kemampuan aku sebenarnya. Namun, dorongan demi dorongan dari beliau membuatkan aku mula bergerak ke arah itu. Alhamdulillah, kini aku di sini meniti pencarian ilmu di luar negara. Justeru, dalam setiap langkah belajar di sini, semangat daripada Dr. Che Pee kerap berlegar di minda. Dr. Cheun - membimbing aku agar menjadi seorang yang berani dalam berhadapan dengan cabaran. Sebenarnya aku, Taufik ItiDi dan Dr. Cheun amat akrab - selalu juga bertemu pada hujung minggu di kedai kereta (kitorang minat kereta) kemudiannya minum di kopitiam / restoran. Dr. Cheun kerap membawa aku bermesyuarat dengan profesor dari luar negara, antara yang aku ingat adalah dari Afrika, Australia, New Zealand dan United States. Hakikatnya, beliau melatih aku agar lebih terbuka minda. Apa yang mampu aku katakan adalah terima kasih atas bimbingan yang dihulurkan. TQ bossss!!! - tabik spring!!!

Monday 12 October 2009

With my co-supervisor

... during the graduates reception.

Saturday 10 October 2009

Banyak cakap betul!

Kita mungkin lebih banyak bercakap daripada membaca. Jikalau membaca sekalipun, mungkin memilih berita-berita yang bersifat sensasi dan popular. Maka tidak hairanlah majalah picisan, berita yang berbaur lucah, akhbar tabloid yang memaparkan berita yang tak pasti dan tidak banyak mencambah pemikiran menjadi pilihan ramai. Barangkali juga ini adalah pandangan skeptical saya terhadap budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia. Di negara-negara maju seperti Jepun dan United Kingdom, masyarakatnya amat hampir dengan buku. Mereka membaca buku sama ada ketika menunggu pengangkutan awam ataupun ketika menaiki pengangkutan awam. Mereka kurang bersembang di sepanjang perjalanan kenderaan tersebut. Budaya ini mungkin ada kaitannya dengan budaya hidup mereka yang bersifat individualistik. Dengan struktur masyarakat yang begini, membaca adalah satu kaedah menghilangkan rasa sunyi. Kita mempunyai masyarakat yang berbeza strukturnya. Bertegur-sapa dan berbual-bual di dalam kenderaan awam seperti suatu yang lumrah. Maka tak hairanlah kalau kita banyak berbual daripada membaca!

Azim setahun 3 bulan

Ipoh Railway Station

Kali terakhir aku ke sini pada tahun 1993. Pada waktu itu aku datang dengan Azmi (Left. Muda) makan sup kambing di warung depan stesen ini.
Posing dengan anak-anak dara ... Tasya (kiri) baru tingkatan 1, Wani (kanan) tu baru darjah 6 ... diorang ini memang cepat tinggi ke aku yang tak tinggi-tinggi he he he ...

... ada anak kecik macam ni lah .. bukan mudah nak berjalan-jalan. Tu nak merangkak la tu ...
Kecuali keluarga Yop, semua adik-beradik dah berkumpul. Bas mini juga lah nak angkut semua ini!

Bakat baru

Seymour Street Chicken Rice!

Idul Fitri 2009

Hanya tiga keluarga dapat berkumpul pada pagi Aidil Fitri. Berdiri belakang (dari kiri): Faizal, Sayong, Aku; Duduk (barisan tengah): Kak Lang, Abah, Mak, Kak A, Yop; Duduk: Fatin, Syuhada, Kekasih aku dengan anak aku (Azim), Wani, Mukhriz, Kak Siti; Depan: Efa, Iya dan Atiqah.

The Lost World of Tambun, Sunway City Ipoh

Line-up: The sponsors for the event. From left: Abah - the organizer, Faizal, Aku, Abang Jo, Sayong dan Pipit.
"Engko ni nampak aje gigi kapak tu!" ... abang Long dan Shahrul
Anak mak ...
Anak manja abah ...
With my parents-in-law.
Posing at the main entrance.
Hujan lebat .. tak sempat mandi lama. Nak balik dah ni.
Atiqah, Mukhriz dan Fariz.
He he he ... aku ngan kekasih baru ... orang Malaysia!
Para penonton Harimau ...
Banyak jugaklah tempat menarik dalam ni...
Ramai sungguh orang, mungkin kerana cuti raya kot. Habis banyak jugaklah ... semua adik-beradik + anak-anak aku agak dalam RM1000 semua rasanya ...

Monday 5 October 2009

Setahun di Dundee 5 Okt 09

*Gambar: setahun yang lalu di Letch, Dundee*
Setahun yang lalu, 5 Oktober 2008 kami tiba di Dundee. Kami bertamu di rumah Zahir seketika sebelum dibawa ke Taymills utk sambutan Aidil Fitri. Pada waktu itu aku masih pening kepala sebab melayan dua orang anak dalam flight. Muntah jugalah dalam flight main kejar-kejar dengan Atiqah (anak sulun) dan tukar lampin baby (Azim) yang pada waktu itu usianya baru 3 bulan. Hari ini genap setahun di Dundee. Alu tak pasti apa yang berubah. Mungkin ahli Melayu Dundee bertukar-tukar. Kalau dulu Kak Maziah, Cin Ann dan ramai lagi memeriahkan program tetapi kini ada ahli-ahli baru yang menghiasi aktiviti Melayu Dundee. Yang benar-benar terasa ialah apabila tesis aku dah masuk stage 2 iaitu data analysis - ia benar-benar menguji kemahiran research aku. Adakalanya menakutkan tetapi cuba sajalah. Tambahan pulak bila dah jadi senior di school of Education ada tugasan lain yang memberi aku cabaran terutama apabila diberi amanah menjadi wakil PhD student ... ni yang buat aku bimbang, maklumlah English cap Ayam jer.

Sunday 4 October 2009

open house

semalam ke rumah kak khamsah - ada open house sempena idul fitri, at the same time kitorang celebrate besday kakshi dan Abrar. Baru 3 bulan tinggalkan bumi Dundee, makin bertambah ahli baru. Meriah sungguh. Kami adalah tetamu terawal tiba dan juga antara tetamu terakhir pulang. He he he ... Biasalah nak hilangkan bosan. Azim demam, malam tadi badan panas cecah 39.5 degrees, terus beri paracetamol. Macam biasa, jam 5 pg dah bangun sebab ikut waktu Malaysia dah jam 12 tengahari - jetlag lagi!