Wednesday, 10 February 2010

Kisah dua anak

Azim sakit perut
Semalam Azim sakit perut. Pandai dia cakap ... akit .. akit ... kami tepuk-tepuk perutnya yang kembung. Kesian .. menangis si kecil ini. jadi, kami tuam dan sapu minyak telon serta minyak TYT. Nangis sikit-sikit .. akit .. akit .. katanya .. mungkin sejuk rasanya. Kami pun urutlah perut dia perlahan-lahan barulah dapat tidur sikit. Sekarang ini pulak, selsema sikit .. mungkin sejuk. makin besar dah dia.

Kenapa Atiqah nak cepat besar?
Kami lihat akhir-akhir ini yang Atiqah, selepas dia makan dia akan berdiri dan ukur tinggi dia. Hampir setiap kali dia makan dia akan buat macam itu. Apatah lagi apabila dia makan dengan kuantiti yang banyak. Jadi, kami pun tanya kenapa dia suka ukur tinggi. Kami jangka dia suka membesar. Jawapannya ialah dia makan banyak supaya dia membesar. Apabila dah besar boleh balik Malaysia, sebab abah cakap kalau dah besar boleh balik Malaysia. Terkedu juga dengar jawapannya. Dia buat korelasi ("korelasi" ialah bahasa research, bahasa biasa ialah "hubungan") antara besar dengan balik Malaysia. Baru tadi belajar Multipple Regression tentang dua variables: Predictors and Outcome. jadi, predictors ialah makan dan membesar. Outcome ialah "jangka masa akan balik Malaysia". Sedih pun ada jugalah sebab secara tersirat dia dah mula rindukan kehidupan Malaysia. Dengan kata lain, mungkin bosan kot hidup kat sini? 

2 comments:

  1. Jika makin membesar, mungkin juga si Atiqah rindu untuk kembali ke Malaysia. Bagaimana pula jika tidak membesar pada skala yang dah ditetapkan? Adakah tidak pualng ke Malaysia atau terus menetap di perantauan ja? Mungkin juga ya...

    ReplyDelete
  2. Salam Mahzan :-D

    Macam membenarkan theory Ivan Pavlov je Kak Long ni :-D.

    Azim dah OK dah? Kesian dia...

    Anyway Mahzan, marilah pindah ke Menzieshill ni, rumah dah ada tu...

    ReplyDelete