Wednesday, 17 February 2010

Tradisi usrah

Usrah adalah tradisi dan budaya masyarakat Melayu Dundee. Tahun ini, konsep potluck diamalkan sebagai kaedah memupuk kekitaan dan amalan sedekah. Setiap keluarga bawa juadah simple masing-masing. Ia menyeronokkan sebab dapat merasai pelbagai bentuk juadah. Jadi setiap dua minggu, suri rumah dan sura rumah menanti-nanti perjumpaan usrah ini. Gambar di atas adalah juadah yang dibawa rakan-rakan ketika usrah diadakan di rumah kami beberapa minggu yang lalu. Ikan Haddock goreng tu adalah juadah Kak Raihan, ayam masak pedas Ana, Tom Yam sayur Zulaikha, telur pedas Dr. Syikin, kek coklat Ustazah Fa, gulai rebung masak lemak Ina Zahir, karipap pusing Dr. Rabihah, agar-agar santan Mahzan (aku tumpang nama je .. ore kelate panggil beledo), dan puding Pengantin Terhangat dari mahligai el-Mahadi & Elly!

No comments:

Post a Comment