Tuesday, 23 February 2010

Six months ago ...

Gambar ini diambil pada 10 Ogos 2009 ketika kami kembali ke Malaysia untuk data collection activities. Enam bulan telah berlalu dengan pantas sekali. Aku bagaikan tak percaya yang kini aku telah berada di tahun dua pengajian PhD. Tahap kedua ini memang menguji kesabaran dan ketabahan aku. Terlalu banyak yang perlu aku sudahkan untuk tahun dua. Yang paling mencabar ialah menjadikan idea dan data-data berada di atas kertas (menulis). Bukan bahasa sahaja yang menjadi cabaran tetapi bagaimana pemikiran kita dicanai dan disusun supaya "orang lain" (penyelia, pembaca, penilai) dapat angguk bersetuju dengan idea kita. Kalau tidak bersetuju sekalipun, penulisan kita itu hendaklah tajam, bernas, logik dan ada elemen yang boleh diketengahkan. Aku kini berperang dengan diri aku sendiri. Namun, alhamdulillah dengan keluarga yang memahami, keletah anak-anak yang menghiburkan hati setiap kali aku pulang dari universiti serta isteri yang sentiasa memberi sokongan kepada usaha-usaha aku ini telah memberi kekuatan untuk menempuhinya. Yang teramat penting ialah agar semua usaha ini mendapat rehda Allah swt. Tanpa limpah rahmat dari-Nya pasti sukar untuk menghadapinya!

No comments:

Post a Comment