"Masalah" sebenarnya mempunyai perspektif yang berbeza-beza. Umpamanya dari sudut bisnes --> MASALAH dilihat sebagai satu PELUANG. Ini bererti setiap masalah yang didepani masyarakat adalah satu peluang untuk dijadikan bahan perniagaan. Contohnya ialah masyarakat berhadapan dengan masalah untuk mencari tempat tinggal, maka wujudlah pihak persendirian dan juga agen-agen yang mengurus rumah sewa. Pengalaman selama setahun setengah di UK mendedahkan aku tentang bagaimana agen rumah sewa MENGAMBIL PELUANG daripada masalah yang dihadapi. Kira-kira yang dibuat amat mudah dan logik sekali. Harga sewa sebuah rumah yang ditawarkan oleh agensi dilihat jauh lebih murah berbanding harga sewa di pasaran:
i. Nilai pasaran sewa sebulan flat = GBP500
ii. Nilai sewa yang ditawarkan oleh agensi = GBP450
Logik akal, dengan kualiti rumah yang baik, pastinya orang akan memilih GBP420. Iklan yang dibuat oleh agensi adalah selama sebulan. Setiap bakal penyewa yang berminat untuk dapatkan rumah tersebut mesti melengkapkan borang permohonan dan membayar wang prosesan (katakan GBP50) --> wang ini diambil dengan alasan untuk menyemak status kewangan dan latar belakang pemohon. Bayangkan sekiranya rumah tersebut dipohon oleh 20 orang, maka senang-senang agensi dapat GBP1000. Maka:
Untuk rumah GBP500 (ikut harga pasaran oleh private landlord):
i. GBP500 X 12 bulan = GBP6000
Untuk rumah GBP450 oleh agensi:
ii. GBP450 X 12 bulan = GBP5400 + wang prosesan daripada 20 orang (GBP1000) = GBP6400
Mana lebih untung?
Itu sekiranya 20 orang yang mohon .. bayangkan bagi rumah yang baru diubah suai, dekat dengan lokasi universiti .. pasti ramai pemohon (terutama pelajar). Itu juga baru sebulan diiklankan ... dalam webpage agensi ini ada yang iklankan selama 3 bulan .. maka MASALAH adalah PELUANG kepada golongan peniaga. Siapakah yang akan dapat rumah tersebut? 100% terletak kepada keputusan agensi tersebut!
No comments:
Post a Comment