Charity shops yang lain terletak hampir dengan rumah kami ialah Children First (ni yang paling okey sebab barangan banyak barangan berkualiti dan harga pun berpatutan), British Red Cross (agak mahal tetapi barangan okey juga - kami pernah beli kasut Adidas berharga £5), Shelters (barangan yang berkualiti tetapi harga agak mahal). Baju Adidas yang dipakai (lihat gambar atas) tu hanya berharga £1. Topi lak berharga £0.20.
Di Dundee City Centre terdapat 3 lagi charity shops iaitu British Heart Foundation dan ada dua lagi lupa namanya. Banyak barangan berkualiti di sini tetapi harganya agak mahal. Dengan adanya kedia-kedai macam ni, ia membantu menguruskan elaun KPT dengan berhemah. Tiada niat lain berkongsi perkara ini sekadar satu catatan untuk menggambarkan inilah kehidupan kami di sini. Juga ia membenarkan nasihat sahabat ketika di Malaysia yang soal pakaian tak perlu dirisaukan sebab ianya mudah diperolehi dengan harga yang berpatutan di United Kingdom. :-)