Saturday 2 May 2009

Kisah Sekebun Bunga

Dalam perjalanan ke St. Andres, Fife dan Eroll Carboot Sale, terdapat banyak tanaman berbunga kuning (gambar di atas) di ladang-ladang sekitar perjalanan itu. Ia mengeluarkan bau. My wife kata baunya busuk. Aku kata baunya wangi. Ustazah Fatimah kata baunya macam bau air liur basi (busuk le tu). Dalam soal bau rupa-rupanya tiada satu teori yang boleh digunapakai.
Tanaman ini untuk hasilkan apa? Soalan kajian ini membuatkan kami membuat hipotesis.
Hipotesis 1: Oleh kerana bunga ini mengeluarkan bau, ia digunakan untuk produk minyak wangi.
Hipotesis 2: Oleh kerana ia ditanam dengan kuantiti yang banyak (ladang), tanaman ini adalah untuk makanan.
Hipotesis 3: Sejenis rumput kot ...
Selepas dibuat literature review, maka sumber Ustazah Fatimah yang paling tepat. Tanaman itu namanya RAPESEED iaitu untuk dijadikan minyak masak (vegetable oil). Lihat gambar di atas. Vegetable oil ini kami belinya dari Tesco. Maka sumber itu dah disahkan dengan produk yang jelas tertulis nama pokok tu beserta gambar bunga sekali! Patutlah sewaktu tiba di sini dulu, nak goreng ayam punyalah pening sebab di Malaysia kita banyak guna minyak kelapa sawit (yang paling ekonomik)!

2 comments:

  1. Salam Mahzan,

    Selalu confuse rapeseed ni ngan buttercup - cuma bezanya si buttercup tu dari keluarga yang beracun. Rapeseed oil ni ke yang kdg2 kita panggil canola oil tu?

    ReplyDelete
  2. Salam

    Wuyoo ini dah dikira hypothesis baru la pulak ... tak tahu pulak pasal canola oil tu ... kena tengok gambar bunga tu kot ... kat sini bunga-bunga tu penuh ladang ditanam ... kalau merujuk wikipedia, canola oil itu salah satu dari spesis rapeseed atau bahasa payahnya ialah Brasica campestris ... bunyi macam basikal jer he he

    ReplyDelete