Saturday, 28 November 2009
Idul Adha di Perthsire
Pengalaman yang cukup manis apabila Aidil Adha tahun ini aku menyambutnya dengan membentangkan kertas kerja di SERA Annual Conference bertempat di Royal George Hotel, Perth. Agak janggal sebab ketika orang lain menyambutnya dengan solat sunat Aidil Adha, aku berada di conference. Tambahan pula ini merupakan kali pertama aku membentangkan kertas kerja di luar daripada University of Dundee (UoD). Di UoD aku telah membentangkan 2 kertas kerja di RS Forum dan juga satu ketika Exploring Voices forum. Butiran tentang paper yang dibentangkan terdapat di SERA website. Yang manisnya juga ialah sesi aku ini dipengerusikan oleh George Head (U of Glasgow) - penulis buku Better Learning, Better Behaviour.
Sunday, 22 November 2009
Hurray, barang dah sampai!
My lovely kids!
Atiqah yang kian membesar ...
... juga sedang mempelajari erti hidup ...
Sayonara Ust. Lutfi, Kak Shi & keluarga
20 Nov. 2009 - Ustaz Lutfi sekeluarga memulakan proses kembali ke Malaysia dengan memindahkan barang-barang menerusi khidmat salah satu shipping company yang berpusat di Glasgow.
Ramai juga yang membantu proses pemindahan ini. Bermula jam 9.00 pagi, kami memulakan proses mengangkut kotak-kotak ke kontena. Aku membantu mengangkat TV milik Ust. Lutfi di rumah Zahir.
Ini proses memasukkan kereta ke kontena.
Expert buat kerja memang mudah sungguh. Tanpa banyak soal, senang je proses loading kereta ke kontena. Tak sampai 30 minit dah pun siap.
Pak Cik pegang kayu tu pemandu trak (lift truck? Entahlah apa ke nama trak ini) .. dan Pak Cik gemuk tu pemandu lori kontena.
Pak Cik Scottish ini baik sungguh ... tolong angkut barang-barang juga. Kelihatan di foto ialah Halim, wakil shipping company yang turut ada bersama-sama menyusun barangan dalam kontena. Untuk Ust. Lutfi --> selamat kembali bertugas di Malaysia (yang pastinya aku ketiadaan salah seorang sahabat baik aku di sini, yang selalu berseloroh dan tak pernah ambik hati ketika berbicara) ... Untuk Kak Shi ---> yang akan kembali ke UKM, selamat menabur bakti, moga segalanya akan berjalan dengan sempurna. Adios, Yerrow Terrace!
Thursday, 19 November 2009
Hari-hari seorang aku
Beberapa hari kebelakangan ini Azim asyik demam terutama pada waktu malam. Semalam, suhunya mencecah lebih 38 darjah celcius. Oleh kerana dia dah mula faham, maka mudah untuk Umi memujuknya memakan ubat. Penat jugalah Umi melayan anak-anak ketika aku di universiti. Atiqah pula, makin hari makin membesar. Tingkahlaku pun kian mencabar. Mungkin kerana bosan di rumah, banyak permintaan dibuat. Tambahan pula sekarang ini malam lebih lama daripada siang. Aku pula sedang mengejar banyak dateline. Sebelum Disember 2009 aku kena submit chapter 1 dan 2; kena siapkan satu international journal article; submit demographic analysis; presenting paper di Perth organized by Strachlyde University; dan organize Luncheon 2009 event.
Wednesday, 18 November 2009
Lagi susah pelajar nak faham, lagi hebat seseorang pensyarah!
Hari ini aku ikuti Online training on Nvivo .. ini adalah kali keempat aku attend this kind of traing. Previously, I have attended this kind of course in Malaysia. Susah sangat nak faham ketika aku di Malaysia tentang Nvivo. Tapi Mat Saleh ini (online training oleh Dr Robertson di USA) tunjukkan satu persatu dengan mudah sekali. Aku dapat ikutinya dengan mudah dan dapati ia lebih mudah berbanding apa yang aku hadiri ketika di Malaysia. Mungkin di Malaysia, oleh kerana namanya pengajian adalah PhD maka kita kena jadikan kursus amat susah .. kita pun belit-belitkan banyak benda biar nampak susah yang akhirnya pelajar jadi susah dan kita pun senyum sebab pelajar dah kata PhD tu susah. Lagi susah sesuatu benda nak belajar, maka lagi hebat nampaknya seorang pensyarah. Jadi tak heran kalau benda yang mudah pun, oleh kerana kita ni kan pensyarah, maka kita belit-belitkan, maka susah lah jadinya. Tak hairan juga apabila banyak benda yang simple jadi berjela-jela dan meleret-leret.
Sekian.
Catatan aku.
- tapi PhD memang susah pun!
Sekian.
Catatan aku.
- tapi PhD memang susah pun!
Saturday, 14 November 2009
Defensive Mechanisme & Children Right
Meniti hari-hari di rantau orang membuatkan aku sering membuat perhitungan dan perbandingan dengan hari-hari yang telah aku lalui dulu. Melihat gelagat anak-anak di dundee, tanpa mengira warna kulit dan latarbelakang agama, aku mendapati bahawa anak-anak di sini secara tidak langsung diasuh dengan defensive mechanisme tersendiri. Maka, apabila mereka rasa tindakannya betul atau berlaku pertikaian antara mereka, anak-anak di sini lebih menzahirkan defensive mechanisme mereka yang kadang kala nampak tidak sesuai dengan cara kita. Bagusnya ialah kerana anak-anak ini berani menyuarakan hak mereka. Lantas, aku terfikir sejenak tentang perkara ini; terutama apabila aku perhatikan golongan remaja dan dewasa yang trlibat dengan masalah ketagihan arak. Ia diselangi pula dengan iklan-iklan di TV yang memaparkan abawa hampir setiap hari ada sahaja anak-anak didera di UK. Lantas aku melihat defensive mechanisme dilatih kepada anak-anak kerana pincangnya masyarakat Barat dalam menangani masalah remaja dan dewasa. Aku melihat yang tindakan diambil lebih bersifat menolak teori Peranan atau aliran Fungsionalisme dalam pengajian sosiologi. Peranan ibu bapa dan juga ahli keluarga telah diinstitusikan; maka wujudlah social service / social care / unit yang memantau penderaan anak-anak. Wajarlah anak-anak diberi pendedahan tengan hak asasi kanak-kanak kerana ramai golongan dewasa yang terjebak dengan masalah alkohol. Lantas, isu anak-anak tak boleh dipukul digunapakai untuk semua. Aku melihat ia bagus kerana bayangkan kalau orang mabuk yang memukul anak-anak mereka. MasyaAllah, ye lah, mabuk ni tergolong dalam golongan tidak siuman (gila!). Maka tak hairan ada kanak-kanak menjadi mangsa penderaan seks oleh golongan tidak berakal ini. Dibandingkan dengan situasi di malaysia yang mana kanak-kanak dirotan / dicubit oleh orang yang tidak mabuk. Ertinya, dipukul oleh orang yang sedar / matang / berlandaskan pengajaran tidak sampai melukakan anak-anak. Apa yang penting di sini anak-anak yang dididik tidak terjejas emosi nya. Sebab itu ramai ibu bapa menggunakan tekanan cara lain kepada anak-anak di sini dalam mendidik -- ya tidak cedera fizikalnya tapi emosinya terjejas teruk. Maka, timbul kepada kesimpulan yang sebenarnya betapa degil golongan orientalis yang bukan saja menolak Islam malah melihat Islam sebagai satu yang menyempitkan ruang hidup. Umpamanya apabila gagal mendidik orang dewasa menjauhi arak, mereka akan menginstitusikan peranan dewasa kepada satu badan berbayar pula. Maka, children right ini lebih kepada satu experiment dan kaedah dalam masyarakat yang telah tidak tahu di mana mula dan di mana akhirnya hidup ini! - satu pandangan skeptikal selepas setahun di negara Barat.
Saturday, 7 November 2009
Sunday, 1 November 2009
Kisah Anak-anak
October 2009 - Atiqah dan Azim yang kian membesar; memberitahu yang aku kian meningkat usia tua.
Zaman kanak-kanak yang tidak mengerti erti kepayahan. Kitalah yang menyediakan pengalaman untuk mereka. Lantas, yang terbaik untuknya kita lakukan biarpun ada masanya kita agak sukar untuk membuat keputusan. Tambahan pula, usia sebegini menguji kesabaran dan kepintaran ibu bapa. Aku yakin semua ibu bapa juga mempunyai pengalaman manis ini.
Bergaya sakan ke sekolah setelah tiga bulan bercuti di Malaysia. Atiqah tidak sabar untuk ke sekolah. Memang sekolah di sini menarik minat kanak-kanak ke sekolah. Aku perhatikan mereka (sekolah) memanfaatkan teori stimuli-response seperti yang dikemukakan oleh ahli psikologi untuk meransang minat pelajar. Hampir setiap hari Atiqah membawa pulang aktiviti sekolah untuk dilakukan bersama keluarga. Ia sekaligus menghubungkan sekolah dengan ibu bapa.
Atiqah amat gemar menyusun puzzle. Biarpun dia agak sukar menentukan konsep kiri dan kanan, tetapi dia mampu menyusun puzzle dengan baik. Memadai dengan usianya mencecah 4 tahun setengah, bantuan umi mempercepatkan dai menyusun puzzle. Cuma yang mencabar Atiqah ialah seorang lagi yang suka susun juga iaitu AZIM... he he he .. musnah sekaligus!
Azim sudah pandai bertatih. Selalu tersenyum. Azim seorang anak yang sensitif tetapi tidak kekok untuk berkomunikasi. Dengan bahasa anak-anaknya ia kerap berkongsi emosinya terutama apabila aku balik kerja, dia akan merangkan dan bertatih laju mendapatkan aku. Perkataan yang terngiang-ngiang bila pulang kerje ialah Baa Baa Baa Baa Baa!!!
Mesti senyum! Itu kelebihan Azim. Dia juga mudah diajak bergurau. Paling gemar makan pisang ... ba na na ...
Subscribe to:
Posts (Atom)