Semalam salji mencurah-curah, suhu di bawah takat beku (-4 celcius). Aku tersedar jam 4 pagi dan mendapati suasana cerah dengan cahaya kuning-kekuningan ... rupa-rupanya apabila salji memutih, reflection cahaya lampu menjadi suasana menjadi terang ... Sejuk betul ...
Pagi ini, aku cuti. Lazimnya aku ke universiti untuk belajar. Hari ini salji memutih dan anak-anak pun cukup gembira melihatnya. Aku sekeluarga ke padang yang terletak sekitar 500 meter dari rumah kami ...
Atiqah dan Azim seronok bermain salji. Oleh kerana Atiqah semalam demam, dia tak seaktif biasa. Biasalah budak-budak, tak berapa sihat pun nak main juga. Aku dapat perhatikan yang mereka amat gembira menaiki sledge board (beli di carboot .. 2 pound jer .. barang buruk baiasalah murah!)
Wednesday, 23 December 2009
End of year party
Mesyuarat tingkap
Monday, 21 December 2009
Holiday on ice ...
Sayonara Dundee
Saturday, 19 December 2009
Main salji belakang rumah!
Usrah & Tahlil
Hari ini, selepas maghrib diadakan usrah serentak; muslimin di rumah abang tarmidi; dan muslimah di rumah Aini. Ana masak wade (lihat gambar). Ini makanan India yang telah di"glokal"kan. Perbincangan hari ini berkisar kepada Arak dan hukum-hakam bersangkutan dengannya serta bab-bab tentang keutamaan dalam amalan Islam. Dan aku tersedar tentang larangan Allah swt terhadap Arak yang bukan sahaja ditegah daripada meminumnya malah sebarang bentuk sekongkol dengannya. Maka, dalam keadaan Arak adalah minuman agung mat saleh kat sini, aku perlu bertindak pintar dalam menjaga larangan ini. Hakikatnya mat saleh adalah golongan yang open minded dan respect hak peribadi, maka berterus-terang adalah satu yang mulia!
Haddock Masak Cili
Friday, 18 December 2009
Suatu pagi di Dundee ...
Jubah
Concert 2009
Tuesday, 15 December 2009
School of Education Luncheon 2009
Hari ini (15 Dec. 09) aku dan Ming Chen selaku PhD student representative akan menganjurkan Luncheon di Room 2.20 Carneley Buliding, University of Dundee. Kami jemput semua supervisor dan PhD students utk hadir sama-sama. Yang menariknya kami dah aturkan menu - makanan Melayu (aku yang bawa) = nasi lemak; makanan India; makanan Pakistan; makanan Egypt dan Oman; Makanan Cina; makanan Nigeria dan makanan Scottish.
Keterangan gambar: Butter, dalam gelas tu Chinese Arrack (air tapai - beras yang diperam), Pies, Nasi lemak tu (nasi, sambal udang --- yang ini hampir licin dibelasah sebab sedap katanya, kacang -- orang Cina suka sungguh makan kacang ni, dan telur)
Ada yang sumbangkan wine dan juga Chinese Arrack utk majlis ini. Keith ada gak minum hingga 4 gelas, pas tu aku tengok muka dah merah tapi dia still okay. Ada yang lain gak minum. Majlis ini ramai gak hadir teramsuklah the Dean for the school. Happy jugaklah dapat bersama-sama supervisors, lecturers dan members from various cultural background.
Yang ini hidangan Pakistan. Kacang dal dan sayur. Manis-manis makanan diorang ini!
Keterangan gambar: Butter, dalam gelas tu Chinese Arrack (air tapai - beras yang diperam), Pies, Nasi lemak tu (nasi, sambal udang --- yang ini hampir licin dibelasah sebab sedap katanya, kacang -- orang Cina suka sungguh makan kacang ni, dan telur)
Kisah Pisang Goreng!
Cubaan pertama : Tak rangup
Cubaan kedua : pisang lembik + tak rangup (lagi teruk!)
Cubaan ketiga : tak rangup + serap minyak (muak dan mual tekak aku!)
Cubaan keempat : Menjadi lah pulak (tengok gambar tu!)
Cubaan kelima: ulang resepi cubaan keempat tapi result keluar = pisang lembik dan tak rangup (merosot)
Cubaan keenam: Rangup + okay
Ini diperturunkan resepi kami (sebahagian resepi adalah rahsia masakan Melayu --> biasa ni dalam budaya kita; merahsiakan resepi yang akhirnya semua hilang ditelan zaman. Ia adalah satu amalan yang amat bercanggah dengan budaya ilmu menurut Islam):
Bahan-bahan:
Pisang, tepung gandum, garam, mentega, kelapa parut, minyak masak (utk menggoreng) dan api gas (utk panaskan kuali .. eh nak sebut semua ke ... kuali, senduk, ... yang penting budak-budak kena bertenang sebab chef tengah tension mencuba resepi ni he he he)
Petua: Goreng dengan api yang panas betul! Baru rangup rupanya!
Aidil Adha di Dundee
Mereka adalah permata hati ibu dan bapa yang merantau jauh mencari ilmu-Mu.
Sekumpulan kanak-kanak lelaki turut mengadakan persembahan. Tergagap-gagap bernasyid .. ye lah .. bahasa Melayu bukan mudah untuk diorang nyanyikan ... tapi aku yakin kalau suruh buat persembahan dalam BI, mesti lancar! Berbeza dengan ibu dan bapa mereka yang aku pasti berlaku adalah sebaliknya .. (Aku: fasih berdikir barat!)
Atiqah dan kawan-kawan sedang mengadakan persembahan yang dipimpin oleh Ustazah Fa. Ini adalah usaha untuk meletakkan perayaan Aidil Adha mengatasi sambutan Krismas yang mana perayaan Kristian ini disambut dengan meriah di Scotland.
Muhammad Azim sedang berkomunikasi dengan Emran. Mungkin ibu masing-masing sedang berpolitik sebab selepas program makan-makan ini, akan diadakan pilihanraya memilih exco Komuniti Melayu Dundee sesi 2009/2010.
Ini adalah hidangan sempena Aidil Adha di Dundee. Master Chef utk masakan ini ialah Abg Zul. Dia buat nasi kerabu dengan bantuan ibu-ibu di Dundee. Ana masak kuah kacang, manakala nasi impit disediakan oleh Fa. Memang enak makanan Melayu yang disediakan oleh ibu-ibu dan bapa-bapa di sini. Mungkin bila dah balik Malaysia, masakan bibik yang banyak di meja lantaran ibu-ibu dan bapak-bapak sibuk di dewan kuliah!
Subscribe to:
Posts (Atom)