Saturday, 4 December 2010

Salji tebal di Eropah

Gambar dirakam ketika menghadiri apointment dengan GP (doktor) di Nethergate Medical Centre, Dundee. Ana check kandungan yang berusia enam bulan. Gambar diambil oleh seorang minah Scottish yang secara sukarela membantu merakam gambar kami. Kami bernasib baik sebab dapat memandu kereta kami tatkala ramai sahabat tak dapat keluarkan kereta mereka (ditenggelami oleh salji tebal). Alang-alang dapat keluar dari cengkaman snow di tempat parking kereta, kami terus ke Tesco dan Matthew Chinese Supermarket mncari bekalan makanan. Sekadar rakaman kenangan di Dundee - 2 Dec 2010.

Hasil tangan musim sejuk

Murtabak
Eksperimen pertama dilakukan pada bulan Ramadhan. Kali ini ianya menjadi hidangan yang tidak asing lagi kepada warga Melayu Dundee. Ia turut menjadi hidangan ketika Hari Raya Aidil Adha yang lalu. Dengan menggunakan kulit popia, banyak hasil diperolehi. Resepi asal diambil dari internet tapi ianya tak menjadi, pelik je rasa .. maka eksperimen dilakukan berasaskan kaedah "hentam saja". Kali pertama menjadi, kali kedua mau tong sampah, kali ketiga termasin, kali keempat baru jadi! Hasilnya memang gred A! Menjadi, nanti boleh buka murtabak segera dengan nama produk Murtbak Seymour (sempena alamat pertama rumah kami!).


Kueh Segulung Ijazah
Tak sesuai nama ketayap untuk kueh ini, sebab ketayap mana ada boleh digulung-gulung dan berinti pulak. So, kami beri nama baru iaitu kueh Segulung Ijazah sebab ianya cantik dan manis ... semanis segulung ijazah. Eksperimen resepi ini amat sedih .. kejap jadi (sikit lah pulak) .. kejap tak jadi (nak ngko sebesen dibuang je adunan tu) ... kejap jadi (elok-elok je buat buka puasa tadi - ganti puasa yop!) Nak resepinya kena calling-callinglah yer .. tak leh share sebab nak pattern nanti (kedekutnya .. tak kedekut mlas nak menaip) .. nanti boleh buka kedai makanan segera di Bangi. Namanya nanti akan difikirkan nanti. :)

Monday, 29 November 2010

Kali ini langit menangis lagi ...

First day salji .. sempat main kat belakang rumah .. lama-lama salji nampak makin menjadi-jadi .. bertambah risau pulak .. ye lah .. nak bergerak pun tak boleh .. sekolah dan universiti pun tutup
Waktu kami di Stirling salji mencurah-curah .. memang merisaukan kami sebab banyak kenderaan mula tersadai .. on the way back to Dundee ada kereta terbabas .. icy road ... kami pun drive berhati-hati .. sekitar paling laju pun 50miles/hour
Azim ketika keluar hotel sebelum bertolang pulang ke Dundee selepas aku membentangkan paper di Scottish Education Research Association (SERA) Conference di Stirling Highland Hotel ...

Saturday, 16 October 2010

Cuti sekolah ... jalan-jalan di St Andrews :)

Atiqah dan Azim happy sebab dapat tengok macam-macam hidupan lain di tempat ini. Biarpun ianya tidak sebesar Aquaria di Langkawi tapi ianya satu lawatan yang menarik. Pertamanya dapat mendengar celoteh anak-anak yang makin membesar. Kedua, menikmati ciptaan Allah swt yang cukup menginsafkan kita. Ketiganya, alhamdulillah kerana masih diberi nikmat kehidupan oleh-Nya. 
 Sayangnya, seal tak ada waktu ini. Kolamnya dibersihkan. Uniknya ialah kolam anjing laut disambungkan dengan air laut (ada penghadang) .. maka banyak rumai laut yang terlekat di kolam tersebut. Busuk masam bau kolam ini ...
Masing-masing dah lapar. Atiqah dan Azim waktu masuk tadi .. baru je ke akuarium 1 dah tanya nak makan apa .. hmmm .. ragam anak-anak .. kami pun sedang keroncong perut .... laparrrrrr .. cuaca sejuk jadikan kita cepat laparrrrr .... perlukan gula untuk tambah tenaga .. nasib baik bawa pizza .. dapatlah makan .. lepas ke sini, kitorang terus ke TAZA ... sampai tergolek kenyang ... alhamdulillah

Monday, 27 September 2010

Salam perantauan

Kepada yang mengenali kami, seandainya ada salah dan silap mohon diberikan kemaafan. Daripada kami Mahzan, Ana, Ika dan Azim di Dundee, Scotland, UK.

Saturday, 25 September 2010

Atiqah and Azim

 Sesudah membaca surah al-Kauthar ketika sambutan aidil fitri di Dundee. Mula-mula berdebar, lepas tu rasa happy lah tu .. siap jeling lagi untuk kawan sebelah - adik Sarah
Sebelum ke univeristi bagi sesi petang, Ika dan Azim main macam-macam dulu. Selalunya memang bersepah bilik sebelah dikerjakannya .. kira ada lesen sebab abahnya ada .. kalau tak, ada polis bandaraya yang suka saman .. kejap lagi dengar lah .. cepat Tidy up .. errrrr ....
 Azim ketika berada di ladang strawberry yang kami pajak .. he he he ... pajak buah dan bayar kemudian .. ini mesti kalahkan adik iparku Saudagar Pipit dari Sungai Manik ... tapi takleh lawan dia lah sebab dia lagi otai .. jual padi .. ramai org makan nasi .. aku jual strawberi ni ingat kedai kek jer beli ...
 Quaility control officer tengah kutip strawberry .. Azim kutip sendiri makan sendiri .. best gak lah pengalaman ni
 Happy birthday Muhamad Azim .. genap 2 tahun pada 25-7-10
 Tong sampah penguin tu boleh bercakap .. dia makan sampah .. kalau masuk sampah je ada bunyi puji-pujian (bukan album nasyid Raihan) ... Azim gi hantar Ika ke sekolah .. firts day ..
 First day at school .. tak sabar nak ke sekolah .. awal pagi dah bangun .. maklumlah semuanya baru .. utk pakaian sekolah Ika kami mogok terus carboot .. semua baru belaka .... raikan sekolah pertama dalam hidup anak kecil ku ini
Abah punya makanan .. Doner Kebab .. depan rumah jer kedai tu .. harga sekitar £4. Banyak betul, siap boleh dua kali makan (kalau Ana yg makan ler) .. aku sekali ngap jer .. Ika suka daging tapi Doner Kebab dia reject lah .. Azim lagilah .. dun like katanya ... kecek omputeh dah .. tapi beri roti laju je makan .. tu kadang2 aku kata macam mat saleh ke bengali ni kuat makan roti :)

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Berhari raya di Dundee pada tahun 2010.
Nurul Atiqah ketika sambutan Aidil Fitri 2010 yang diadakan di Taymills. Atiqah mengalunkan bacaan surah al-kauthar pada majlis tersebut. Tahniah kerana berjaya mengalunkannya dengan baik sekali.
Ini gambar raya 2009. Ketika ini kami pulang ke Malaysia untuk membuat data collection.
Setahun yang lalu ketika meraikan lebaran di Teluk Intan, Perak. Betapa pantas masa berlalu. Salam Idul Fitri, maaf zahir dan batin.

Wednesday, 16 June 2010

Liverpool

Tuesday, 15 June 2010

Liverpool FC & Everton FC

Biarpun aku bukanlah kaki bola .. Pok Su sebenarnya yg minat bolasepak .. kalaulah Pok Su boleh datang ke UK mesti dia gembira sungguh sebab banyak football clubs yg dia minat ... tambah2 lagi Manchester United .. aku check return tiket AirAsia KL-London RM1500 seorang .. kalau ada kemampuan datanglah sementara aku ada kat sini .. pasti banyak ilmu dan pengalaman dapat dikutip
Stadium Everton terletak tidak begitu jauh dari stadium Liverpool .. aku anggar sekitar 7 minit drive dari Liverpool stadium. Oleh kerana waktu kami melawat stadium ini dalam proses ubahsuai, ia ditutup kepada pengunjung . namun secara pandangan kasar, aku kira peminat Liverpool lagi ramai lah .... oleh kerana kedua-dua stadium ini berdekatan aku boleh banyangkan betapa kecoh kalau ada 2 games serentak di bandar Liverpool!

Happy birthday Nurul Atiqah


1st June 2010 my lovely daughter - Nurul Atiqah genap 5 tahun. Happy birthday ... kami sambut di rumah je .. beli kek Asda yg ekonomi .. cari lilin birthday tak ada, kami belasah guna lilin besar jari telunjuk .. yg penting meraikan hari lahir nya .. ini pun lanjutan daripada pulang jalan2 di england .. memang cadang nak sambut di pinggir sungai Durham tadi tapi hujan lebat membuatkan kami terpaksa sambut di rumah kami di Dundee ...Nota buat saudara-mara dan sahabat-handai: kesibukan di Facebook membuatkan blog ini tidak sempat dikemaskini. InsyaAllah, bila ada luang nanti ia akan dibuat kemaskini.

Tuesday, 18 May 2010

Assertive discipline



Friday, 23 April 2010

Luahan benak

Di kala tirai senja dilabuhkan, hanya aku yang masih mengitung dan mencongak angka-angka serta aksara yang bertaburan di meja ini. Entah buat kesekian kalinya aku terpaksa mengulang-ngulang ketja ini!

Sunday, 18 April 2010

Jalan-jalan di Zoo Edinburgh

Inilah kali pertama kami mengunjungi zoo di United Kingdom. bayaran masuk agak mahal juga tapi demi pendidikan anak-anak, kami bawa juga. Atiqah dan Azim amat happy sebab dapat tengok penguins dan pelbagai haiwan lagi. 
Pada waktu kami melawat zoo ini suhui di sekitar 3 - 7 darjah celcius. Masih sejuk walaupun musim spring kian tiba. malah waktu ke sini, masih ada salji di beberapa kawasan. Oleh kerana cuaca sejuk, maka penguins riang-ria bermandi-manda. Sepatutnya ada program penguins keluar dari sangkar dan jalan-jalan ke sekitar pelawat tetapi puas petugas zoo pujuk untuk keluar, penguins buat tak tau dan enjoy mandi di kolam ini.  
Di dalam sangkar belakang kami tu banyak penguins. It was a sweet visit!

Penghargaan sebab baca al-Quran

Sebagai menghargai kerajinan Atiqah baca al-Quran (kami ajar guna buku Qiraati) ... maka bawa dia jalan-jalan ke Edinburgh .. kami bermalam di Premier Inn hotel.
Seronok dia sebab ya lah asyik berkurung di rumah jer .. bosan jugak dia ... Melihatkan dia gembira .. kami pun turut gembira .. sekaligus hilang stress belajar dan penat seharian!

Ikan bakar Abroath!

Yang ini memang best betul ... ikan Haddock panggang (smoked) .. dipanggang secara tradisional, guna arang kayu .. kitorang pergi beli di Abroath ... memang mengalahkan ikan bakar di Umbai Melaka! Asalnya tak nak beli tapi pak cik Scottish tu pandai sungguh, dia hidang kami free .. lepas tu apa lagi, lunch hari tu ikan bakar dengan air asam .. fuh .. orang kata selera kampung di luar negara he he he! 

Makhluk lain ciptaan Allah swt

Ini hidup lagi ni .... aku beli 2 kg = £6 .. hanya dapat 3 ekor je.. bayangkan betapa besarnya mahkluk ini ...
Azim tengok semacam jer .. aku takut gak nak pegang sebab sepitnya besar sungguh .. tambahan lagi tak pernah proses ketam besar seperti ini .. nasib baik tak ada bunyi ... kalau tak .. pening gak aku!
Aku pun tak berani nak pegang .. terpaksa lapik tisu tu .. nak sembelih camana? nampak macam mudah .. aku ingat macam ketam di Malaysia .. tapi dia punya cengkerang .. keras sungguh terpaksalah aku rebus dulu dan "kapak" kan dia .. lepas tu ketik-ketih dia penuh bulu (semacam lah pulak) .. jadi aku bakar ketih-ketih dia .. dalam 2 jam jugak lah nak proses. Sedap tak? Emmmm ... selera aku kata ketam Malaysia lagi best!

Basikal sepuluh sen!

Beli dari carboot .. basikal chopper Along £4 (RM20), Azim £2.50 (RM12.50) .. beskal sekenhen .. murah tapi masih elok lagi .. baru ... hari tu pegi recycle centre .. beskal orang buang-buang jer .. masih ok lagi .. ingat nak ambik gak tapi dah macam tamak lah pulak .. jadi ambil dua bijik tayar je lah (ala .. tayar kecik nak balance beskal si Azim)

Camping ...

Sewaktu camping musim salji di Seymour street .. sapa kata musim salji tak leh camping . kitorang selamba je buka payung, makan-makan siap joget-joget lagi tu!

Tuesday, 13 April 2010

Golf di St. Andrews

 
Andainya suatu hari nanti aku bermain golf, di sinilah tempat golf bermula (04.04.2010). Dr. Che Pee dan Naim yang belanja pada kali ini. Dengan cuaca yang terang dan angin pantai yang bertiup lembut dingin, memukul bola golf di sini menjadi satu kenangan yang amat manis.
Belum ada skill lagi tapi sekadar dapat pukul bola. Bagi pemain golf, di sini ialah tempat yang paling diingini. Seolah-olah kalau tak pernah main kat sini, tak lengkaplah sebagai pemain golf. Tiger Woods selalu main di sini. Malah banyak pemimpin negara bermain di sini. Ia merupakan tempat yang paling berprestij di dunia dan didakwa sebagai padang golf tertua di dunia. Uniknya, ia dibuka kepada public dengan bayaran yang amat murah. Teatpi untuk kelab yang eksklusif tentunya bayarannya bertaraf eksklusif juga!

Dari Seymour Street ke Blackness Street

Di Seymour Street ....selama 1 tahun 6 bulan kami berkampung di sini. Tiba masanya kami berhijrah ke rumah lain pula. Rumah ini akan diubahsuai. Landlord janji akan beri balik deposit, sampai la ni tak ada khabar berita pun ... :)
Sebahagian daripada movers yang bantu angkat barang: dari kiri Helmi, Zahar, Zul, Taufik dan Zahir.
Mahmud dengan pose yang paling mengancam. Makanan disediakan oleh chef-chef terhebat Dundee. Kelihatan Fiza sedang menghidang makanan. Ana sedang berceloteh sejarah perpindahan!
Sebelum dikemas dan disusun. Banyak? banyak dan sikit adalah ukuran yang subjektif.
Beberapa barangan di ruang tamu. Belum kemas lagi sebab tengah layan tetamu dulu. Petang nanti kami kerjakan.
Ruang dapur rumah kami ... ala-ala Bar .. memang menarik sebab ada ruang lepak macam kopitiam!
Dari jendela Blackness street ... shared garden ... boleh jemur kain dan main-main di sekitar ini!
Musim panas dah bermula. So, bolehlah jemur kain cuma kain kering tapi sejuk macam dalam peti ais! Thanks kepada yang membantu proses pemindahan kami! Syukur segalanya sempurna.