Saturday, 22 August 2009

Research works

Ramai sceintists bertanya aku tentang data collection. Mereka keliru tentang bentuk data yang dikutip dalam kajian social science. Oleh kerana aku menggunakan mixed-methods dalam research aku ni maka questionnaires ditadbir pada peringkat awal. Lebih dari 1000 soal selidik aku edarkan ke sekolah. Gambar di atas itu adalah fail-fail dan kotak yang digunakan dalam kutipan data kuantitatif. Untuk pusingan kedua iaitu kualitatif, aku menjalankan interview dan observation di dua buah sekolah terpilih (in-depth study).
Antara cabaran penyelidik yang belajar di luar negara tetapi kutipan data di Malaysia ialah soal pengangkutan. Memandangkan tiada kenderaan, aku terpaksa membelanjakan wang besar untuk tujuan pengangkutan. Lalu, BMW merah siri 660 model Kancil ini aku beli dengan harga RM5000. Campur-tolak baiki sana-sini, habis lagi dalam RM1000. Dengan kenderaan ini aku bergerak ke 15 buah sekolah di Kuala Lumpur dan juga ulang-laik KL-Teluk Intan (anak and isteri kat kampung ... selang seminggu datang ke Kajang.)

Tuesday, 11 August 2009

Di sini kami berteduh

... letaknya sejauh 30 minit pemanduan dari UKM. Seadanya hanya sebuah apartment yang mampu dimiliki (ops! kami tak milikinya sebab buat pinjaman bank tu ... CIMB yang punya) ... satu-satunya rumah yang kami miliki ialah rumahtangga!

Satu Petang di Taman Sutera

... bersama anak-anak di sekitar Taman Sutera - kediaman kami!

Satu Petang di Rumah Dia

Rumah ini amat cantik .. semi D. Di belakang ada taman bersama tasik. Rumah besar sungguh. Di depannya ada kereta Honda Civic. Rumah besar. Kereta mahal. Pangkat tinggi. Hensem orangnya. Baik lak tu (sebab dia bagi Muhamad Azim duit he he he). Bertuahnya sidia ini yang belum lagi berpunya. Siapakah dia ini? Biarlah rahsia ... (Nota: BMW merah sebelah kiri rumah tu adalah milik penulis)
Senyum disamping kereta baru ...

BBQ 2009

Malam 8 Ogos 09 kami anjurkan BBQ, setiap famili kena bayar RM30... Kelihatan di gambar ialah kanak-kanak riang pada malam BBQ .... suasana kecoh di Taman Karentina sebab kitorang ni bila dah berkumpul ramai-ramai ... macam sure heboh TV3!
Inilah resepi Rohana de la Dundee .. resipi ciplak daripada Ros Anita de la Tepeng ... bahan rempahnya ialah bawang merah, halia, lengkuas, kunyit, serai, cili boh --- diperap beberapa jam sebelum bakar .. baunya sehingga 2km persegi .. (keterangan gambar: ikan kembung, udang dan sotong) .. hidangan malam tu ialah ikan kembung, Talapia Merah, udang gred C (lulus), sotong, kerang 5kg, sosej, crab ball, ayam, dan tomyam campur! Disponsor oleh YB Zul dari Kampung Gajah ialah anggur merah dan duku langsat (petang tadi berbaju batik).

Ikan Talapia Merah dibakar panggang - sodap sungguh, cicah air asam! (Nota tentang gambar: sebelum operasi membakar!) ... tapi ngko tengok ler tempat panggang nya .. kereta sorong abah angkut pasir buat rumah! ha ha ha

Bonsai Expert in Diamond Gulf

Abah memang minat dengan bonsai. Sekeliling rumah banyak bonsai. Dia memang expert dalam bab tanaman bunga. Di Teluk Intan (Diamond Gulf) banyak rumah besar-besar memiliki landskap menarik - ia memberitahu yang bidang ini ada pasaran tersendiri. Bakat yang abah miliki dilihat tak diwarisi anak-anak. Ia satu yang rugi sebenarnya kerana bakat dan kemahiran ini mempunyai nilai komersil yang tinggi. Tambahan pula bidang landskap sedang berkembang di negara ini. Wajar sekali untuk dipelajari dari abah. Tunggulah abah ya .. saya balik tamat belajar dari UK nanti kita buka kelas tanaman bunga atau bukukan kemahiran abah ini!

Keropok Cap Kupu-kupu

Keropok keping sedang dijemur. Makcik ini dah berniaga lebih 20 tahun dengan jenama kupu-kupu. Dia tidak pattern kan jenama ini. Akibatnya banyak juga keropok yang menggunakan jenama kupu-kupu. Bila ditanya kenapa tak di pattern kan? Dia cakap biarlah ... rezeki masing-masing. Aku tanya rahsia kejayaanya .. dia berpaling ke arah aku sambil senyum misteri katanya "jangan pandang belakang!"
Keropok cap kupu-kupu adalah pilihan kami. Setelah tiga tahun menjelajah mencari keropok yang best di Kelate, kami paling suka kerokok ini. Banyak ikan. (ape ke hal jadi warna biru lak ni, bukan reti sangat guna komputer pun .. lantak lah yer) ... Keropok lekor ini dimasak khas untuk kami sebab waktu kami tiba tu kilang keropok baru nak proses gentel untuk keropok keping. Rupa-rupanya keropok lekor diperbuat daripada adunan ikan yang banyak. Adunan ini sebenarnya akan dicampur lagi dengan tepung sagu untuk keropok keping. Memang sedang sungguh dimakan panas-panas bersama ice tea!

Gaya Malaya

Mukhriz dan Fariz = sepupu Ika; Mak Su = makcik bongsu Ika di rumah Opah Cik kat West Country, Kajang ... ini ketika kami tiba di Malaya
Gaya Mak Cik dan Mak Lang ... biasalah malu-malu kena ambik gambar!

Kembara ini menguji kesabaranku

Muhamad Azim dan Nurul Atiqah di foyer rumah kami .. manantikan taxi pagi Sabtu. Excited nak balik hingga tak selera makan. Azim sebenarnya demam, badannya panas tu.
26 Jun 09 - di luar rumah menantikan taxi Wayne. Penerbangan dari Glasgow ke KLIA (transit di Dubai). Dengan charge £82.50 kami menaiki taxi Wayne jam 9.00 pagi. Dalam perjalanan Wayne bersembang panjang dengan aku (nasib baik aku faham gak lah loghat dia ... dan yang penting lagi dia faham apa aku cakap ... itu yang pelik sebenarnya sebab aku dengar rakaman perbualan aku ketika dalam kelas, aku pun tak faham .. ha h ha ha)...
Di Glasgow airport.
Ketika di Dubai, Azim masih lagi demam. Kami ada bekalan paracetamol. Setiap 6 jam kami berikan. Oleh kerana kami tak bawa thermometer, kami agak-agak je suhu badannya. Dalam penerbangan Dubai-KLIA, dia menangis hempir sejam. Penat sungguh kami berdua. Risau juga kami sebab ye lah dengan keadaan senario dunia dilanda H1N1, risiko tetap ada. Setibanya kami di KLIA, sekali lagi kami berinya paracetamol. Kami risau di KLIA ada imbasan suhu badan (spertimana dihebahkan dalam berita TV di Malaysia). Nasib baik tak ada scanner sebenarnya. Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia hanya mengedar borang perisytiharan kesihatan saja. Alhamdulillah sebenarnya Azim demam kerana dia dijangkiti campak. Hari kedua di Malaysia baru kami sedar dia dijangkiti campak. Hampir seminggu jugaklah melayan karenah kesihatan anak lelaki kami ni. Penat sungguh kembara ini ...

Mencari Opah Cik

Kembara pulang dipenuhi debaran lantaran rindu kampung halaman yang membuak-buak. Biarpun belumpun setahun di perantauan tetapi entah kenapa kami memang teramat rindukan ahli keluarga dan sanak saudara. Aku melihat Atiqah amat gembira apabila bangun pagi dan mengetahui yang dia bakal bertemu dengan opah, nenek dan atuknya di Malaysia. Opah Cik adalah insan yang paling dirinduinya. Dia teramat manja dengan Opah Cik sehingga membuatkan kami tak sampai hati memisahkan mereka berdua. Kegembiraan dan keriangannya juga adalah kegembiran kami sebenarnya!

Thursday, 6 August 2009

Perubahan

Pernah suatu ketika dulu, my best friend ditanya oleh pengawal keselamatan kenapa dia berubah. Dia memberitahu "kupu-kupu pun berubah jadi rama-rama". Kata-kata ini melekat di minda aku apabila melihat sahabat-sahabat mula berubah.

Tadi, ketika makan di Restoran Hassan Sungai Ramal, aku bertemu seorang sahabat lama yang sama-sama bekerja di Protasco Bhd dulu. Kami berbual seketika dan dia memberitahu yang dia telah berhenti kerja di syarikat yang disenaraikan di papan pertama Bursa Malaysia itu. Ketika di syarikat itu dia sering membantu aku (yang waktu itu menjawat jawatan Head of Department) untuk menyelesaikan soal-soal network dan komputer. Malah, kalau komputer ada problem je, dialah yang akan datang menyelesaikannya. Dia kini menjalankan perniagaan IT and computer network. Dia berjaya mendapat kontrak daripada Penjara Malaysia, PDRM dan Hospital kerajaan. Dia telah berubah menjadi lebih stabil.

Minggu lepas juga aku terkejut dengan perubahan seorang yang agak lama aku kenali kerana dahulunya dia agak leka untuk mengerjakan solat. Kini aku lihat dia amat taat bersolat, malah kerap bangun bertahajjud serta qiamullail. Aku terasa amat kagum dengan perubahannya. Aku sendiri pun rasanya tak sedisiplinnya dalam beribadat. Syukur sungguh rasanya.

Sewaktu aku tiba dari Scotland hampir sebulan lepas, aku berkunjung ke pejabat sahabat lama. Dia kini telah menjawat jawatan Manager dan merupakan seorang committee untuk kerja-kerja penyenaraian syarikat di Bursa Malaysia. Yang terkejutnya ialah dia telah menyiapkan sebuah koleksi cerita pendek untuk diterbitkan. Yang hairannya ialah dia sebenarnya memiliki ijazah sains Fizik dari USA tetapi kini dia berminat dalam penulisan cerita kanak-kanak berbahasa Melayu. Oleh kerana dia gagal mendapat penerbit yang sesuai, aku telah membantunya mendapatkan penerbit. Kini karya dia sedang dinilai untuk diterbitkan oleh PTS Publication.

Aku? Adakah aku berubah? Yang pasti perubahan perut - kejap kempis, kejap kembung; sejak sebulan di Malaysia, tanda-tanda boroi dah kelihatan ... he he he .. berubah juga tu kan!

Tuesday, 4 August 2009

Civic Minded

Banyak perkara yang membuatkan aku tidak senang hati dengan sikap masyarakat kita. Aku pasti ramai yang mempunyai pengalaman yang serupa. Aku senaraikan di sini agar ianya dapat melapangkan dada aku:

1. Potong barisan: Ini biasa berlaku ketika di jalan raya. Potong kiri (di laluan kecemasan) kemudian terhegeh-hegeh beri signal nak masuk lorong di depan sekali. Lazimnya yang aku tengok bukan kereta Kancil atau kereta buruk yang buat perangai macam ini. Banyak kereta yang gah juga. Pernah satu ketika pulang dari Idulfitri, aku dan keluarga tersangkut dalam kekesakan jalan raya di Raub. Menghilangkan bosan, kami mencatat jenis kenderaan yang potong kiri (laluan kecemasan). Kebanyakkannya kereta kelas Wira, Waja, Camry dan sebagainya yang buat perangai camni.
Refleksi: Pemandu ini sebenarnya menampakkan cara hidup mereka yang suka mengambil peluang, tidak memikirkan hak orang lain, tidak rasa bersalah mengambil hak orang lain asalkan mereka bahagia.

2. Berdiri hampir dengan aku ketika keluarkan wang dari ATM Machine: Ini biasa sangat berlaku. Pernah terdetik aku nak cakap dengan orang belakang aku "Nak curi duit ke berdiri hampir benar ni?"
Refleksi: Mereka yang berdiri hampir dengan aku ni rasanya sebab mereka kerap jadi mangsa orang potong barisan. So, nak elak jadi mangsa lagi, dia tutup semua ruang yang memungkinkan ada orang lain boleh masuk!

3. Bising di tengah malam: Sewaktu aku tulis blog ini, mamat tingkat atas sedang drill rumah. Malam-malam drill rumah. Semalam paku dinding sampai pukul 1 pagi. Entah apalah diorang ini. Aku nak sound pun kan aku kena drill pulak.
Refleksi: Ini perangai buruk yang tidak fikir orang lain agaknya ... falsafah yang orang ni pakai ialah "rumah aku, aku punya pasallah nak buat apa saja!" Padahal dia tak sedar yang apartmen ni lantai rumah dia adalah bumbung rumah aku.

4. Jual barang tipu: "Wah ... ini balang oli woo ... talak tipu punya..."; Tapi kena gerenti kedai punya? "Ini balang underwater punya maa ... oli tetap oli tapi gelenti kedai manyak mudah, lu tak payah angkat balang ini kasi itu kilang repair punya", (aku tengok macam barang tituan jer ...)

5. Buat dono ... buat salah tapi muka 10 sen, buat tak tau jer ... contohnya dah le hisap rokok, buang habuk sana-sini .. puntung rokok buang selamba jer .. makan buah rambutan dan campak dari tingkap ... kereta BMW lak tu ...

Okaylah membebel tak habis pulak aku ni!

Monday, 3 August 2009

Kisah seorang remaja

Hari ini aku ke sebuah sekolah untuk menjalankan penyelidikan. Ada seorang pelajar yang bersendirian di hujung kelas. Termenung tapi lirikan matanya tajam. Serius. Aku mentadbir soal selidik kepada semua pelajar. Selepas consent forms ditandatangani, remaja lelaki berkulit putih ini menunjukkan sikap memprotes. Dia diam dan tak mahu menulis apa-apa. Aku pergi menghampirinya yang memilih untuk duduk bersendirian hampir pintu belakang. Jadi aku mula bercakap. Hi, bro ... could you help me please? Dia serius pandang aku. Aku senyum jer. Aku cakap "please .. help me" ... Dengan nada yang tinggi dia cakap "you help me lah!" Aku agak terkejut, tapi cool down. Jadi, aku cakap jer .. "Okay, apa yang boleh saya tolong?". Dia lantas dengan tegas, "You tulis!" Again, I replied, "Okay, but you need to help me as well. Help me to give the information." Dia angguk. Jadi aku pun mula tanya lah dia dan tolong tandakan soal selidik. Pada helaian ketiga, dia dah mula senyum dan mula bercerita dengan aku. Aku agak terkejut dengan sikap pelajar ini yang memang dia akui sering menjadi bualan betapa nakalnya dia. Dia juga membuat pengakuan yang bermacam-macam tetapi dia bercerita dengan nada yang senyum. Pada bahagian akhir, aku minta dia tulis sikit sendiri. So, dia nampak happy. Inilah pengalaman manis aku menjalankan penyelidikan PhD - mencabar tetapi bibit-bibit kemanisan dapat dirasakan apabila cabaran itu diatasi.

Mahzan
-Besok ke sekolah lain ada pameran PDRM-