Saturday, 30 January 2010

Lawatan sambil belajar ke Glasgow

Sewaktu aku di tingkatan 4 dulu, aku pernah ikuti lawatan sambil belajar anjuran PRS (Pembimbing Rakan Sebaya) yang menggabungkan beberapa sekolah melawat Langkawi, Pulau Pinang dan Alor Star. Namun kerana masih agak mentah rasanya aku tak mengerti makna Lawatan Sambil Belajar. Maka, aku pun anjurkanlah Lawatan Sambil Belajar ke Glasgow. Banyak sebenarnya yang boleh dipelajari daripada lawatan. Yang paling penting kita boleh aplikasikan ilmu yang diajar dalam sesuatu matapelajaran. Contohnya, aku menginap di rumah kawan (lupa nama) kepada Nordin - sahabat aku yang menyambung PhD di University of Strachclyde. Kami tidur di rumah ini kerana dia hanya datang ke Glasgow hanya 4 hari saja seminggu - bekerja di Bank dengan gaji sebanyak GBP300 sehari .. atau lebih kurang RM1500 sehari. Maknanya secara purata dia kerja seminggu dapatlah berapa yek kalau kerja [(GBP300) X 4 hari] X RM5.50 = ??? haaaa kan dah belajar matematik tu ... tapi apa yang aku belajar ialah .. aku hanya terlopong .. nganga!!!    
Di sekitar ini ada dua buah gereja yang besar. Letaknya berdekatan. Agak kemas dan teratur serta dijaga rapi. Gereja di atas pada pengamatan aku agak baru berdasarkan struktur, design dan material yang digunakan. malah ia juga menampakkan ciri-ciri senibina moden Eropah yang mengambil kira faktor fungsinya - maknanya ia mampu dijadikan dewan untuk ocassion yang dihadiri ramai pengunjung. Namun seperti mana-mana gereja di Dundee, ruang letak kereta tidak termasuk dalam perancangan. Di sini aku belajar tentang subjek subjek Seni dan juga juga Lukisan Kejuruteraan.  
Ini ialah Governhill Free Church yang letaknya bertentangan dengan apartmen yang kami tumpang tidur (free je). Ia merupakan gereja yang ada nilai sejarah. Seni binanya menampakkan ciri-ciri tradisi. Aku belajar subjek sejarah menerusi pengamatan tempat ini!
Ketiga-tiga gambar di atas merupakan kawasan perniagaan bekalan protein halal serta kedai-kedai runcit milik masyarakat Muslim. Memang harganya amat murah jika dibandingkan di Dundee. Aku dimaklumkan yang 3 ekor medium whole chicken dijual dengan harga GBP8. Kedai daging Kashmir menjual bekalan daging lembu yang paling murah. Letaknya di sekitar kawasan ini. Kawasan ini didominasi oleh masyarakat Muslim Pakistan. Kawasan ini agak tidak teratur dan sering dikatakan sebagai agak kotor. namun pada aku ianya tidak kotor tetapi tidak kemas dan tidak terjaga. Ini kerana tiada banyak sampah berselerak tetapi banyak kedai usang, susunan barang tidak teratur dan agak "berserabut" - memang budaya masyarakat Asia mewarnai kawasan ini. Subjek apa yang aku belajar dengan melawat tempat ini? Mungkin Alam dan Manusia. Any comment?

Thursday, 28 January 2010

KFC halal di Scotland


Kami mengunjungi KFC halal di Glasgow. Ia terletak di Pollokshaws Road, Glasgow. Oleh kerana satelite navigator kitorang tak update, agak susah nak cari tempat ini. Tiga kali berhenti tanya orang untuk tiba ke tempat ini.

Memang terasa amat puas apabila melihat anak-anak girang menjamu selera. Atiqah seronok sungguh. Lima ketul dia makan KFC sehingga malam. Seingat aku inilah paling banyak dia makan KFC. Kami beli bucket, jadi sampai ke malam dia makan. Tak makan nasi hari itu. Punyalah suka sambil menyanyi dan tak henti-henti berceloteh gembira. Azim pun suka juga sebab dapat makan dan lari-lari dalam restoren ini. Cuma lainnya KFC di sini ialah tiada sos cili, so makan cicah ngan sos tomato yang kena beli asing. Pening jugaklah nak order ... kena pula cashier tu cakap English loghat Scottish dan Indian. Tambahan pulak English aku ni cap ayam kampung je.

Culture kat sini aku tengok, semua mat saleh buang sendiri lebihan makanan. Walaupun ada staff yang cuci meja tapi semua buat macam itu. Jadi kitorang pun ikutlah sama. KFC Halal di UK ini masih lagi dalam percubaan sebenarnya. Harap-harap ia akan berkembang ke seluruh dunia kerana menerusi status halal aku yakin ia membuatkan lebih ramai cuba memahami Islam. Ia menjadi salah satu elemen dakwah dalam era globalisasi ini. Di UK, setakat hari ini hanya terdapat 21 KFC outlets yang halal iaitu di outlets berikut:
Beckton - E6 4LG
Bethnal Green - E2 0AH
Burton on Trent, Burton on Trent - DE14 1YD
Chertsey Road, High Street Woking - GU21 5AJ
Colne Drive Thru - BB8 9HH
Derby, Derby, - DE24 8EY
Edmonton - N18 2XA
Elk Mill, Manchester - OL2 5HX
Forest Gate - E7 8BA
Halifax, Halifax - HX3 6AD
Halifax, Halifax - HX1 1HA
Hounslow West - TW4 7DJ
Lea Bridge Road - E10 7DN
London Road, Peterborough - PE2 8AR
Oxford - OX4 1JJ
Peacocks, Foodcourt - GU21 6GB
Pollockshaws Road, Glasgow - G41 1PS
Rochdale Kingsway, Manchester - OL16 5AF
Tottenham Hale - N17 9FR
Upton Park - E13 9AR
Wembley - HA9 6AH
Maklumat lanjut boleh dilihat menerusi URL berikut:
http://www.kfc.co.uk/about-kfc/halal/

Monday, 25 January 2010

Lari dari rumah?


Maid Indon lari dari rumah?

Masjid yang asalnya gereja


Sewaktu berkunjung ke Glasgow, sahabat di sana memberitahu yang bangunan masjid di atas pada asalnya ialah sebuah gereja. Ianya terletak di kawasan perumahan masyarakat Muslim. Kebanyakan penduduknya berasal dari Pakistan. Terdapat juga para pelajar Malaysia yang mendiami kawasan ini. Oleh kerana majoritinya Muslim, kawasan ini bukan pilihan tempat tinggal warga Scottish. Agaknya apa perasaan warga tempatan apabila kawasan ini (yang memang maju dari sudut bisnes) didominasi oleh orang luar (kita le orang luar tu)?


Di sekitar masjid ini terdapat banyak kedai makanan halal. Walaupun ramai yang menilai kawasan ini agak kotor namun secara peribadi aku berpandangan ianya masih dijaga rapi. Biarpun nampak usang tapi tak berlumut. Mungkin kerana cuaca. Satu lagi, bangunan sebegini kerapkali dibuat pemuliharaan (building maintenance). Kawasan ini crowded, dikritik sebagai kawasan kotor tetapi sebenarnya masih okay kalau nak dibandingkan dengan pekan-pekan di Malaysia yang banyak bangunan lama tetapi ... (sambung sendiri lah).


Bangunan masjid ini masih mengekalkan rupa asal gereja. Masih kelihatan simbol salib pada bangunan ini yang memberitahu bahawa aku sebenarnya masih cetek ilmu agama Islam untuk memberi pandangan. Kalau di Malaysia, rasanya ramai masyarakat dah mula melenting. Ya lah, kita ni cepat melenting kepada perkara macam ini tetapi dalam soal-soal yang menggoncangkan akidah macam ... (sambung sendiri dan beri contoh sendiri). Banyak perkara yang pada kita macam masalah besar tetapi sebenarnya entahlah ... (sambunglah sendiri sebab tak cukup ilmu nak beri pendapat). Mengekalkan rupa asal bangunan adalah menjadi elemen untuk menyelongkar sejarah di belakangnya yang secara langsung menggalak budaya fikir. Any feedback?

Wednesday, 20 January 2010

Tahniah untuk Bukhairi!



Tahniah untuk Bukhairi (sepupu) (berdiri di sebelah kiri) menang dalam pertandingan The Maxis Mobile Content Challenge dan menggondol ganjaran RM30,000. Dia di tahun akhir pengajian Sarjanamuda di UTM, Sekudai. Harap-harap dapat ke Scotland or England to further his master degree then doctoral study. We wait for you here, cheers!

Tuesday, 12 January 2010

Runtuh

"Takdok kerja lain, cari pasal ..." luah Pok Uteh selepas membelek akhbar tabloid di kedai kopi.
"Biasolah Pok Uteh, demi kuasa .. orang sanggup buat apa saja," Pok Leh menyampuk sambil menghirup kopi panas.
"Ya .. lah banyok sangat benda cari pasal .. semua nak cari balah belaka ... pakat tuduh-menuduh padahal kerja asal tak jugak selesai ..." rungut Pok Uteh lagi.
"Betul jugok Pok Uteh kato tu .. jambatan nok gi seberang pun to baiki lagi ... aku nok angkut getah pun tok buleh," tambah Pok Leh.
"Emmm ... yalah, kita ni banyak cakap daripada kerja. Aku pun tok leh nok gi menoreh .. macam mana la aku nok bayar yuran budok sekolah ni ... minggu depan ni cikgu dah sibuk minta yuran sekolah .. kesian kat anak aku tu .. malu dia kalau cikgu asyik tanya yuran," ujar Pok Uteh.
"Betulah Uteh .. anok aku .. tigo-tigo tak bayar lagi .. nak bayar macam mana, nok gi ambik getah tak boleh," Ujar Pok Leh
Air kopi telah habis dihirup. Hari makin tinggi. Pak Uteh dan Pok Leh mula meninggalkan kedai kopi kak Tom dan menuju ke kebun pisang masing-masing. Harapan mereka adalah agar hasil untuk dijual demi sesuap nasi. Kat Tom tersenyum sinis. Habuk rokok daun bertaburan di meja. Kak Tom melipat akhbar tabloid yang dibaca Pak Leh yang muka depannya dipenuhi dengan kemelut politik serta beberapa gambar demonstrasi serta runtuhan rumah ibadat. Sebuah akhbar lain pula memuatkan gambar-gambar orang Islam yang runtuh akhlak. Kedua-duanya runtuh. Entah mampu untuk bangkit lagi atau terus runtuh dan runtuh!

Friday, 8 January 2010

Mild sweet snowball ...

Ada sesetangahnya memberi nama ondeh-ondeh ... tapi aku di kampung panggilnya kekoh-car sebab bila kekoh (gigit), air nnisan (gula melaka) tubik (keluar). Tapi rasanya nak antarabangsakan kueh ni, jadi aku cadangkan diberi nama mild sweet snowball ... sebab rupanya memang seperti salji dengan rasanya yang lembut dan manis ...
Jadi .. akhir-akhir ni blog ni dah jadi macam blog resepi la pulak ... he he he .. aktif memasak pada wintertime ni ... by the way, okay gak lah boleh mencuba makanan tradisional .. nanti bila dah tamat belajar belum tentu lagi ada masa nak buat eksperimen macam ini!

Thursday, 7 January 2010

Suatu masa di Malaysia ...

Atiqah dan Izi ketika jalan-jalan di Taiping ...
Gambar untuk majalah sekolah he he he ...
Sejurus sebelum ke Scotland ketika pulang 3 bulan untuk data collection pada Jun - Oktober 2009 ...
... with my youngest brother Zimi, my sister Kak Na and anak-anak buah di KLIA... Thanks for your support!
Atiqah and her cousins ... bergaya sakan semuanya ...

Tuesday, 5 January 2010

Popia Musim Salju

Paling sedap (tekak aku la ..) ... ini namanya Popia Musim Salji .. kalau musim panas belum tentu lagi jadi .. ha ha ha Gambar belakang tu lembu nak makan popia jugak tu ... lubang hidung pun dah kembang-kempis tu ... bulu pun tebal gak tu ... aku rasa baju kat sini ambik bulu dia lah ... kesian lembu ni.
Musim sejuk ini memang cepat lapar ... kata P.Ramlee ... mencekik jer kerja .. ha ha ha .. tetapi sebenarnya Alhamdulillah sebab masih diberi nikmat dan kesihatan oleh Yang Maha Esa ... bayangkan di negara yang sedang berperang ... apa yang diorang nak makan .. kita di sini soalan serupa juga "apa yang nak dimakan" sebab banyak sangat makanan!

Monday, 4 January 2010

Heavy snow 2010

Cuti sambutan krismas + tahun baru selama 2 minggu merupakan waktu-waktu berharga bersama keluarga. Ramai yang melancong pada waktu ini. Ada keluarga Melayu Dundee melawat puncak-puncak bukit yang mana suhunya mencecah -15 celsius. kami tak keluar dari Dundee ... sekadar meluangkan waktu bersama keluarga di sekitar Dundee.
Atikah dan Azim membeku!
Azim takut untuk berjalan dalam salji sebab dia selalu terjatuh ... tak sakit tapi sejuk ... pada banyak waktu dia terlekat dalam salji yang buatkan dia marah ...
Atiqah okay je main ... tapi akhir-akhir ini dia tak berapa tahan sejuk .. ini pun baru elok daripada demam!
Lochee Park
Padang ini memuatkan 8 buah padang bola sepak. Ramai yang berkunjung ke tempat ini untuk bermain salji.
Bermain sledge di sekitar kawasan ini ... ada yang bawa anjing ke sini .. takut jugaklah sebab tak biasa dengan anjing ...
Sledge
Kali pertama Ana menaiki sledge meluncuri bukit ini .. landai tapi cukup mencabar baginya ... tahniah kerana berani menaikinya!
Playground
Atiqah tak nak main sledge ... girl katakan memang suka main buai dan taman di sini.
Tak ramai bermain di sini kerana pengunjung bermain sledge!
Adik Azim seronok naik buai. Aku cuba buat snowman tapi susah lah pulak .. tak menjadi ... salji terlalu lembut .. lerai ...
Terbang ditiup angin!
Tiba-tiba aku ditoup angin .. melayang-layang jadinya ... ini membuktikan yang aku kurus sebenarnya ha ha ha!!
Skydiving ni .. tak payah pakai payung terjun pun dapat fly!!!
Eskimo!
Baju macam orang Eskimo .. tahan kesejukan tu .. menggigil-gigil ... logik lah sejuk sebab salji tebal .. yang tak logiknya apabila ada yang berkata "aku okey je main salji, tak sejuk sangat" ... jawapan kepada statement sebegini ialah "bohong pada diri!"
Ketika salji tebal mencurah...
Ketika pulang dari Tesco, kami cuba melawat Lochee Park .. salji mencurah dengan lebat sekali ... geram lah pulak .. apa lagi kami cuba tawan "ribut" salji ini.

Ini kali pertama kami bermain salji ketika salji tebal mencurah ... pemandangan yang menarik kerana ia memutihi tempat ini ...
Atiqah dan Azim marah jugak sebab salji masuk mata ...
Azim mana? Ada kat bawah berdiri .. tak nampak sebab letak kamera atas bonet kereta.
Melihat kami susah nak ambil gambar .. ada minah Scottish ofer bantu ambik gambar... kami macam seronok je main salji tapi Atiqah tak tahan ... sejuk kakinya .. tahun lepas dia lasak betul main salji .. tahun ni dia cepat rasa sejuk .. itu pun dah pakaikan dua lapis stokin dengan baju berlapis-lapis!

Kedai Pak Mat

Melayu Dundee menggelarkannya sebagai kedai Pak Mat ... sebenarnya Matthew's Foods yang menjual barangan bahan makanan Asia termasuklah petai Thailand, durian beku, belacan, ikan bilis hapak dan pelbagai lagi ...

Hidangan musim Salji

Musim winter tahun ini agak berbeza kerana hampir sebulan salji tidak cair. Suhu berada di bawah takat beku ... sehingga mencecah -10 celcius ... Mungkin ini adalah waktu terbaik menunjukkan bakat terpendam terutama dalam menyediakan juadah! Dipersembahkan di sini ialah resepi Seymour Avenue yang akan mungkin berpotensi untuk didaftarkan sebagai harta intelek .. terutama dari segi nama product yang unik kerana resepinya mungkin susah nak didaftarkan.
Nasi Ayam Emas Seymour Juadah ini dihadiahkan oleh Ustazah Athiroh... special delivery dibuat oleh Ustaz Ghazali. Dihantar ke 27 Seymour Street selepas kami pulang menawan puncak salji di Lochee Park. Ikhlas cakap memang sedap dan menyelerakan sungguh. Memang pakar sungguh chef. Terima kasih kami ucapkan dan nama "Nasi Ayam Emas Seymour" didaftarkan untuk juadah menerusi blog popular ini (perasan sikit)!
Nasi Dagang cap Ayam
Ini ialah gambar nasi dagang dengan jenama cap Ayam berlatarbelakangkan salji. Foto diambil di dapur Seymour Avenue.
Nama nasi dagang cap ayam sebab kualitinya pun macam cap ayam jugalah ... sebenarnya tak menjadi sangat, namun kerana "tiada gading bertuah, tanduk pun jadilah" @ "tiada rotan, akar pun jadilah" @ tiada nasi dagang, nasi dagang cap ayam pun okey jugak...
Sweet snowball
Nama asal ialah Badak berendam tapi ditukar kepada Sweet snowball. Nama badak tak sedap bunyinya .. geli pun ada ... sebab cuba bayangkan muka Hippo dalam lumpur ... jadi kueh ini ditukar secara rasmi kepada sweet snowball!
Ini ialah bukti bahawa kueh ini disediakan oleh Chef Anna. Dikukus dengan gelombang melebihi 100 celsius.
Finally, sweet snowball is ready to be served! Foto berlatarbelakangkan snow!

Tahniah anak-anak buah!

Musim baru bermula. UPSR dan PMR telah berlalu. Pancapaian cemerlang Atharina dalam PMR dengan score 8 A amat menakjubkan. Begitu juga Fakhira dengan 5 A. Hakikatnya ini adalah sejarah dalam keluarga yang amat membahagiakan. Tabik spring daripada Pak Uda untuk kalian berdua!!! Untuk Ann .. jangan berdebar dan takut dengan result SPM .. sementara masih ada masa free ni .. enjoy lah dulu ... adios!
Meraikan kejayaan tersebut, kami adakan candle light dinner ... he he he .. makan mi goreng dan Scottish loaf aje ... ala-ala camping ni pujuk Atiqah sebab tak leh nak camping di luar .. salji tebal.